TIPS UNTUK USAHAWAN
- laisa
- May 29, 2018
- 1 min read

1. Ikat perut waktu mula berniaga, bukan senang nak senang.
2. Perniagaan bungkus bukan kerana tak ada idea tapi kerana terlalu banyak idea.
3. Banyak perniagaan bungkus bukan kerana tak ada duit tapi kerana putus asa.
4. Setiap kali jatuh, selangkah kita hampir ke destinasi.
5. Rahsia kejayaan perniagaan ialah buat, buat, buat, buat dan buat.
6. Sifu perniagaan tunjukkan jalan tapi kita sendiri yang kena berjalan.
7. Kehebatan burung bukanlah pada ranting yang dihinggapi tetapi akan pada sayap sendiri.
8. Duta produk yang paling berkesan ialah pelanggan yang amat berpuas hati.
9. Mulakan perniagaan dengan mencari saluran permasaran dan jualan, bukan dengan buat produk.
10. Usah merungut kegelapan kerana gelap kita dapat lihat bintang yang indah.
11. Lebih baik banyak pendapatan dari banyak pendapat.
12. Jangan berniaga kerana ada duit, jangan tak berniaga kerana tak ada duit.
13. Jika perniagaan bermasalah, betulkan orang yang kita lihat dihadapan cermin dahulu.
14. Orang berjaya beri hasil, orang gagal beri alasan.
15. Apabila perniagaan tak menjadi, cuba perniagaan lain. Perniagaan gagal hanya kerana kita berhenti mencuba.
16. Mulakan perniagaan dengan apa yang ada di tangan, buat pinjaman hanya untuk kembangkan perniagaan.
17. Sentiasa belajar apa yang kita tak tahu, usah bodoh sombong.
18. Perniagaan yang cedera aliran tunai umpama kapal terbang tanpa minyak.
19. Aset perniagaan yang paling bernilai ialah harta intelek. Lindunginya dan lawan jika perlu.
20. Ambil tahu tentang kewangan perniagaan sendiri, usah serah sepenuhnya pada orang luar.
コメント