RASA DOWN DENGAN BISNES
- M Kamil Altamis
- Jul 12, 2018
- 2 min read

Saat kita tiba-tiba rasa down sekejap dengan bisnes, ingatlah kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya. Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. Setakat kaya kau rumah 20 juta tu apalah sangat. Geli-geli je. Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal. Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat tadi dengan harga kurma bagus. Kesemuanya bersyukur Alhamdulillah. Kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf. Sahabat gembira. Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. Semua happy! Sahabat lain gembira sebab ada sales. Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab jatuh miskin. MasyaAllah, hebat kan? Cuba kalau kita, bisnes goyang sikit, teriak tak tentu arah dah. Gelabah. Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu. Ye lah, sebab sudah miskin. Namun Subhanallah. Perancangan Allah itu memang paling terbaik. Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk. Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK! Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa. Allahuakbar. Jadi, yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk? Allah SWT lah yang Memberi Rezeki. Ibrah dari kisah ini sangat istimewa buat aku sebab buat aku menjadi sangat YAKIN bahawa rezeki itu semuanya dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita terbaik yang akan beri kita sales yang banyak. Kekadang, keyakinan dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat. We plan but Allah has also planned everything for us. If something goes wrong, it went wrong for a good reason. Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri kau orang yang sedang diuji di dalam perniagaan. Ingat, setiap kejayaan memerlukan kesabaran. Kisah ni la yang aku sentiasa pegang dan ingat. Kalau hari ni tak ada sales, jangan give up, jangan sedih. Doa banyak-banyak. In shaa Allah esok lusa Allah akan beri ganjaran dan sales yg berlipat kali ganda. Ingat, Allah yang memberi rezeki. Mohonlah pada Dia. Assalamualaikum. peluang keemasan . klik >>
https://www.facebook.com/laisaperfumesupplier/posts/875133162695362
Comments