top of page

Wangian Melambangkan Personaliti Diri

  • laisa
  • May 29, 2018
  • 2 min read

Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

Sejarah MINYAK WANGI

Berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk. Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.

APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume

• Eau de Cologne (EDC)

Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.

• Eau de Toilette (EDT)

Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.

• Eau de Perfume (EDP)

Wangian cukup tahan lama dari 8 jam sehingga 12 jam . Jenis wangian ini mempunyai kadar alkohol sedikit sementara kadar wangiannya sekitar 15 hingga 22 peratus . Oleh sebab itu, bau wanginya sangat kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari , terutama untuk menghadiri acara rasmi .

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian...

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim) .

Store Pembuatan Laisa Perfume Supplier

" Kepakaran kami adalah membantu membekalkan wangian inspirasi antarabangsa untuk perfume jenama anda sendiri dan membantu anda menjana pendapatan dari ratusan ringgit hingga ke ratusan ribu ringgit dengan wangian yang Laisa Perfume Supplier bekalkan , berkualiti antarabangsa (edp perfume) , mudah dibawa & boleh dibawa solat dengan harga yang mampu dimiliki." - Laisa Perfume Supplier

 
 
 

Comentarios


Laisa Perfume Supplier

+6594219699

NO. 30-4 (3RD FLOOR), Jalan Ecohill 1/5A, Setia Ecohill Taipan, 43500 Semenyih, Selangor.

  • Facebook
  • Instagram
  • Blogger
  • YouTube

©2022 by Laisa Perfume Supplier

bottom of page